Jom Cari Duit

manggaAd

Monday, September 5, 2011

Adilfitri 2011

Anak-anak paling happy.... saya pun tumpang kegembiraan mereka. Membeli belah ikut kesukaan anak2. Masa kecil saya tak sama dengan keadaan kini. Dulu emak dan abah hanya bawa saya, kakak dan abang ber'shopping di pekan saja. Kadang2 hanya bawa abang atau kakak, sebab kami tidak ada kereta. Arwah abah hanya ada sebuah motor Honda C86, yang saya sempat tunggang hingga ke tingkatan 5.


Saturday, June 18, 2011

Aku Masih Disini......berfikir, menulis & berbicara....

Assalamualaikum.....


"Kasihnya ibu bawa ke syurga, kasih ayahanda membawa bahagia....".


Entah, berapa ramai diluar sana mampu mempraktikan bait2 kata azimat ini. Yang penting, entahkan mereka percaya atau tidak tentang keajaibannya.


Malahan, ramai generasi kini begitu berani mengingkari, mengasari kedua ibubapa mereka. 
Tidakkah mereka tahu, tanpa keduanya itulah mereka lahir ke dunia.


"Ya, Allah... Kau ampuni-lah dosa kedua ibubapaku ya Allah, Kau berilah mereka hidayah-Mu, Kau berikan mereka limpahan kasih sayang-Mu, tempatkan mereka disisi orang2 yg beriman...
Sesungguhnya aku amat mengasihi mereka".


Al-Fatihah...
utk arwah ayahanda Hj Mohd Salleh Bin Hj Omar, utk kekanda Hj Hashim B. Hj Mohd Salleh & utk anak saudara Hjh Kamalia Izzati Bt Hj Hashim.

Saturday, June 4, 2011

Aku Kembali menulis....

Assalamualaikum,


Melewati masa-masa yg terlalu mencemburui aku, meninggalkan segalanya dibelakang agar aku boleh terus menoleh untuk dijadikan ikhtibar buat hari-hari mendatang...


Kadang-kadang, apa diucap tidak seperti apa yg tersirat di sudut hati, tak selari dengan perbuatan, tidak sekata dengan pemikiran....Kenapa?


Adakah kerana kita terlalu hipokrit untuk menerima dan memberi seikhlasnya? Atau kerana terlalu takut untuk menerima sebuah hakikat?


Jarang-jarang kedengaran yg kita redha untuk menerima sesuatu buat pertama kalinya dengan dada terbuka....Susahkah? Mungkin untuk sesiapa yg tidak pernah menerima sebarang tamparan dlm hidup boleh mengatakan sebegitu...
Bagaimana pula bagi mereka yg selalu saja berhadapan dengan dugaan demi dugaan....


Adakah kita pernah terfikir bahawa ada insan lain yg menangis atas keputusan, tindakan yg telah kita lakukan... Pernahkah?


Renungkanlah, kita dikira amat beruntung selagi kita masih dikelilingi orang-orang yg menyayangi kita.... Tapi sampai bila?

Friday, December 24, 2010

Mengamit kenangan sepanjang tahun 2010..

Lama rasanya tidak melontarkan kata2...justeru kesibukan yg menghimpit akhir2 ini (itu pun kalau boleh di kira sebagai kesibukan normal...atau sebaliknya).

Bila dikenang2, sememangnya zaman kanak2 adalah waktu yg terindah.....tanpa tekanan dan bebanan....tanpa ada rasa ketakutan atau kegelisahan....tanpa ada rasa bersalah atau disingkir..

Mana mungkin dapat dilupa! Itu pun kiranya boleh dikata sbg sebuah kenangan...

Waktu2 yg tertinggal terkesan sudah di sudut rasa....Rasa yg tersentuh sudah menular kerelung jiwa....Jiwa yg terluka perlukan masa bahagia....Tapi, manakah masa itu? Semakin menjauh bahagia itu?

Ya Allah! Ampuni aku...peliharalah aku dalam Rahmat-Mu...aku takut terlena tanpa kembali pada-MU.

Saturday, October 16, 2010

Berbicara tentang yg pergi tidak kembali - Part I

Salam,

Tanggal 10.10.10, kita telah dikejutkan dengan berita yang berlaku di KM 223 berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Kejadian yang meragut nyawa tanpa sebarang tanda, yang mana pada tarikh keramat itu kita semua hanya memikirkan akan meninggalkan moment indah yang bisa dikenang untuk sepanjang hayat. Namun sebaliknya berlaku apabila seluruh negara tersentak dari dibuai mimpi sedar sebelum berlangsungnya persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Harlina Mohd. Yunos.

Kejadian yg  berlaku tatkala remang senja meninggalkan kesan yang tak terhingga pada kaum keluarga mangsa. Sekalipun kita tidak mengenali satu sama lain, tetapi dek kerana tragisnya momen itu telah memahatkan satu kenangan untuk kita semua.

Hidup di dunia ini tidaklah selamanya. Akan datang masanya kita berpisah dengan dunia berikut isinya. Perpisahan itu terjadi saat kematian menjemput, tanpa ada seorang pun yang dapat menghindar darinya. Karena Ar-Rahman telah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kalian berada, kematian pasti akan mendapati kalian, walaupun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (An-Nisa`: 78)

Kematian akan menyapa siapa pun, baik ia seorang yang shalih atau durhaka, seorang yang turun ke medan perang ataupun duduk diam di rumahnya, seorang yang menginginkan negeri akhirat yang kekal ataupun ingin dunia yang fana, seorang yang bersemangat meraih kebaikan ataupun yang lalai dan malas-malasan. Semuanya akan menemui kematian bila telah sampai ajalnya, karena memang:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26)

Justeru, ingatlah bahawa sesungguhnya setiap tangisan itu bukan semata-mata kerana kita bersedih dan bukan juga kerana kita terlalu gembira. Kadang kala, kita juga tersenyum tanpa tahu apa sebabnya.

Wassalam.

Thursday, October 14, 2010

Monday, October 11, 2010

Bermulanya...Disini...: Perasan tak????

Bermulanya...Disini...: Perasan tak????

Perjalanan yg jauh dengan langkah yang pendek....

Salam,
"Seumpama sang pelangi yg melebarkan jaluran warna yg indah di pandang, namun tak terjangkau oleh tangan yg memandang".

Kadang kala, dalam meniti kehidupan sehari-hari kita juga terlupa yg sebenarnya saat tu, detik itu adalah langkah yg telah kita orak menuju sebuah perjalanan. Apakah kita sedar bahawa dalam perjalanan itu kita temui persimpangan demi persimpangan. Dan apakah kita juga sedar yg persimpangan itu adalah cabaran dlm perjalanan itu. Di persimpangan itu juga, sudah pastinya kita berhenti sejenak samada ingin meneruskan perjalanan atau berhenti sementara.

Begitulah, hubung kaitnya antara kehidupan, persimpangan dan perjalanan.

Wassalam.