Jom Cari Duit

manggaAd

Saturday, October 16, 2010

Berbicara tentang yg pergi tidak kembali - Part I

Salam,

Tanggal 10.10.10, kita telah dikejutkan dengan berita yang berlaku di KM 223 berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Kejadian yang meragut nyawa tanpa sebarang tanda, yang mana pada tarikh keramat itu kita semua hanya memikirkan akan meninggalkan moment indah yang bisa dikenang untuk sepanjang hayat. Namun sebaliknya berlaku apabila seluruh negara tersentak dari dibuai mimpi sedar sebelum berlangsungnya persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Harlina Mohd. Yunos.

Kejadian yg  berlaku tatkala remang senja meninggalkan kesan yang tak terhingga pada kaum keluarga mangsa. Sekalipun kita tidak mengenali satu sama lain, tetapi dek kerana tragisnya momen itu telah memahatkan satu kenangan untuk kita semua.

Hidup di dunia ini tidaklah selamanya. Akan datang masanya kita berpisah dengan dunia berikut isinya. Perpisahan itu terjadi saat kematian menjemput, tanpa ada seorang pun yang dapat menghindar darinya. Karena Ar-Rahman telah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kalian berada, kematian pasti akan mendapati kalian, walaupun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (An-Nisa`: 78)

Kematian akan menyapa siapa pun, baik ia seorang yang shalih atau durhaka, seorang yang turun ke medan perang ataupun duduk diam di rumahnya, seorang yang menginginkan negeri akhirat yang kekal ataupun ingin dunia yang fana, seorang yang bersemangat meraih kebaikan ataupun yang lalai dan malas-malasan. Semuanya akan menemui kematian bila telah sampai ajalnya, karena memang:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26)

Justeru, ingatlah bahawa sesungguhnya setiap tangisan itu bukan semata-mata kerana kita bersedih dan bukan juga kerana kita terlalu gembira. Kadang kala, kita juga tersenyum tanpa tahu apa sebabnya.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment