Assalamualaikum,
Melewati masa-masa yg terlalu mencemburui aku, meninggalkan segalanya dibelakang agar aku boleh terus menoleh untuk dijadikan ikhtibar buat hari-hari mendatang...
Kadang-kadang, apa diucap tidak seperti apa yg tersirat di sudut hati, tak selari dengan perbuatan, tidak sekata dengan pemikiran....Kenapa?
Adakah kerana kita terlalu hipokrit untuk menerima dan memberi seikhlasnya? Atau kerana terlalu takut untuk menerima sebuah hakikat?
Jarang-jarang kedengaran yg kita redha untuk menerima sesuatu buat pertama kalinya dengan dada terbuka....Susahkah? Mungkin untuk sesiapa yg tidak pernah menerima sebarang tamparan dlm hidup boleh mengatakan sebegitu...
Bagaimana pula bagi mereka yg selalu saja berhadapan dengan dugaan demi dugaan....
Adakah kita pernah terfikir bahawa ada insan lain yg menangis atas keputusan, tindakan yg telah kita lakukan... Pernahkah?
Renungkanlah, kita dikira amat beruntung selagi kita masih dikelilingi orang-orang yg menyayangi kita.... Tapi sampai bila?
No comments:
Post a Comment